BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
My Ads Project $$$$

Tuesday, July 28, 2009


Kenapa Ramai Benci MLM??


(Nak bagitahu siang-siang, aku guna perkataan “korang” bukan “anda” sebab nak hilangkan formaliti yang kebiasaannya bila baca agak nak tidur…jadi kita buang formaliti dan fokus pada topik perbincangan.)
Pernah tak kawan ajak buat MLM korang rasa rimas? Member-member yang lama tak dengar berita tiba-tiba call nak ajak jumpa…mesti detik dalam hati cakap ni sah-sah nak ajak buat MLM. Pernah rasa?
Nampak orang buat MLM rasa macam low standard…pernah rasa? Asal dengar MLM automatik pikir jual-jual barang…kaya kan orang atas…tiap-tiap bulan kena maintain point beli barang…jumpa-jumpa orang…pernah rasa?
Jika korang rasa semua tu, korang tergolong daripada 90% yang belum pernah mendapat hasil daripada perniagaan MLM. Memang betul perniagaan MLM macam satu kerja yang semua orang phobia tak suka. Ibarat kerja menolak batu besar naik atas bukit….orang lain menepuk tangan di sebelah tengok kita tolak batu sorang-sorang…yang tak tahan, ada jugak panggil kita buat kerja GILA…Bodoh...
Tapi perasaan bila dah sampai di puncak bukit kita seorang yang rasa. Saat berjaya kita seorang yang raikan. Ibarat bila kita dah berjaya dan mampu pakai kereta BMW…kita seorang yang bawak…takkan nak senang-senang bagi member bawak…
Tak boleh nak salahkan orang ramai jugak kenapa diaorang tak suka MLM…antara sebab-sebabnya…
pernah kena tipu oleh upline
syarikat tutup tak ada lesen
pembayaran bonus tidak seperti yang dijanjikan
kena melayan karenah prospek untuk ajak join MLM
keyakinan rendah untuk jalankannya
takut menganiaya orang lain lebih-lebih lagi bila ajak adik-beradik saudara mara join.
Itu persepsi yang buruk terhadap MLM. Tetapi kehebatan MLM mereka tak tahu dan kalau tahu, inilah kerjaya yang sangat best dibandingkan kerjaya yang ada. Nak tahu best atau tidak , kena lalui liku-liku MLM. Kena lalu dulu apa yang orang tak suka nak lalu. Kena gagal banyak kali dulu. Dia punya manis pasti muncul dan korang je yang tahu.
Kita bincang pasal kehebatan dan kemanisan perniagaan MLM di post akan datang. Dan nanti akan bincangkan bagaimana nak tukar orang benci jadi cinta kepada perniagaan MLM.
tungguuu….

0 comments: