BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
My Ads Project $$$$

Thursday, August 20, 2009

pandangan ahli ulama dalam perniagaan MLM




Salam, hari ni saya baru melawat laman web UZAR dan saya baca komen-komen para pelawat web tersebut dan pandangan Ustaz Zaharudin sendiri mengenai perniagaan MLM dari pandangan Islam.

Apa yang saya boleh katakan ialah ambik yang positif dan buang yang negatif.

Dalam dunia ni, jika positif yang kita fikirkan , pastinya perkara-perkara baik yang akan datang dekat kita. Termasuklah jika kita berfikir positif, pendapatan kita juga akan menjadi positif.

Anda boleh baca link dari sini komen yang diberi oleh UZAR dan anda sendiri nilaikan tentang MLM. Memang boleh dikatakan apa yang UZAR berikan komen ialah 100% benar. tidak dinafikan. Kenapa saya cakap begitu? Kerana beliau seorang Ustaz dan tanggung jawab seorang Ustaz sangat besar. Jadi saya respect dia.

Apa yang dia kata memang benar, contohnya jika 10 orang join MLM 2 orang sahaja yang berjaya. Itu memang sangat benar, saya percaya.

Kalau macam tu MLM tak guna lah!

Macam saya cakap tadi, anda mempunyai akal untuk difikirkan. Tak perlu tengok MLM, kita tengok seluruh alam perniagaan. Ambik contoh kontraktor. Dalam satu projek, 20 kontraktor rebut nak ambik tender, dah pasti seorang sahaja yang dapat projek tu.

Restorang, ada 10 gerai tapi 2 – 3 gerai sahaja yang pernuh

Dalam Insurans, ada 100 agen tetapi 3-10 orang sahaja yang buat pendapatan dalam sebulan.

Dalam kedai runcit, kedai buku, kereta, rumah, pelakon…semuanya perlukan criteria tertentu untuk berjaya.

Dalam MLM, 2 orang yang berjaya disebabkan Kritrianya cukup sepeti sabar, rajin, fokus, sanggup, positif maka baru dia berjaya.

Saya dalam agama agak jahil tapi saya pasti Tuhan jadikan ada Neraka dan ada Syurga kerana apa. Tak semua orang Islam terus dimasukkan ke syurga. Hanya kriteria terpilih sahaja yang akan dimasukkan ke syurga tanpa diazab ke neraka. Semoga kita dikalangan orang yang terus dimasukkan ke syurga.Amin.

0 comments: