BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
My Ads Project $$$$

Thursday, May 20, 2010

MATLAMAT HIDUP


“AhLanWaHSahLan” dan salam sejahtera.

Kejap celik dah pertengahan tahun…padahal baru je sambut raya haji…ops ni nak masuk raya lagi tak lama lagi puasa. Siang rasa sekejap sahaja. Sibuk uruskan perniagaan dan jumpa para sahabat.

Sejak kebelakangan ni, ramai yang tanya saya pasal matlamat hidup saya. Ada sekali tu saya terkena lah masuk seminar MLM…tu pun kena umpan lain…seorang cina merangkap Upline dengan tangannya bersandar di belakang kerusi tanya saya ” What is your Goal” ( apa matlamat kamu ).

Sebelum saya menjawab dia tanya orang lain terus…kelam kabut cina tu gelabah dan tak fokus. Nasib baik saya tak jawab sebab kalau tak pening kepala dia tak faham. Frekuensi kami berbeza jadi mana boleh memahami antara satu sama lain.

Terus terang saya katakan , presentasi MLM tersebut tidak tertarik langsung. Syarikat dari US, jadi saya fikir mungkin ini salah satu dakyah dan membantu ekonomi bangsa yang mencetuskan keganasan terhadap negara susah.

Dalam facebook pun ramai yang bercerita pasal matlamat hidup…Kejarlah matlamat hidup…buat $$$ banyak-banyak…

Saya masih ingat lagi 5 tahun lalu…waktu itu saya hanya di pisahkan dengan matlamat hidup dengan nafsu hidup dan memang benar…saya di ambang kejahilan. Mana taknya…baca buku semua yang berkaitan dengan kekayaan, berjaya, jutawan….

Ada satu buku yang saya baca dia buat kajian, manusia mempunyai banyak matlamat hidup dan statistik tertinggi ditunjukkan :

Duit – 98%
Harta -75%
Pangkat – 64%
Keluarga – 70%
Perumpuan -40%


Rata-rata ramai yang tak tahu matlamat hidup dan sebenarnya apa yang dikajikan itu semuanya adalah ” Keperluan Hidup”. Duit bukan matlamat hidup malah ia hanya keperluan hidup.

Sebab itu duit tidak menjamin kebahagiaan. Dulu saya tengok artis-artis yang kawin cerai saya hairan…kenapalah depa ni…tak cukup ke padahal duit berjuta-juta…artis barat setiap kali bercerai dapat pampasan 50 juta macam bekas bini Will Smith.

Tiger Wood dalam krisis stress sebab kes scandal…padahal duit banyak dan dia bayar USD20 juta untuk tutup mulut perumpuan yang scandal dengan dia…padahal semua satu dunia dah tahu dia ada scandal dengan perumpuan tu…masih lagi dia bayar…USD 20 juta…kalau duit kita???

Lihat mereka, tidak mengerti makna matlamat hidup dan ternyata duit bukan matlamat hidup…apa lagi yang lain seperti harta…Contohnya Kereta Impian,…saya ambik contoh Kereta BMW 5 series saya, masa mula dapat memang rasa bahagia..tapi lepas 2 bulan pakai tayar kereta pecah lah…bumper clip tanggal, lampu signal tak nyala…stress saya sebab beli kereta suku juta pun banyak meragam.

Timbul rasa tak bahagia…Bila tak bahagia , saya bercadang nak jual kereta tu dan tukar yang lain….insya Allah bila dah ada saya tunjukkan. (kalau nampak kat jalan raya bila tengok lampunya memeningkan bila memandang itu lah dia…)

Kalau anda pernah lihat cerita Ip Man 2, Sifu Ip bertanya pada muridnya..” Kamu lihat Aku teror tak berkungfu…?” Muridnya menjawab “Mestilah teror sifu…sifu boleh lawan 10 orang !” Sifu Ip berkata, “Ya , benar…tapi bayangkan 20 tahun lagi…kamu sangat mudah saya nak tewaskan aku…”

Ternyata benar kata-kata Sifu Ip Man …20 tahun kemudian , dia ditewaskan oleh muridnya Bruce Lee dan sekarang Sifu Ip pun sudah ada di alam barzakh….

Teror kungfu macamana sekalipun …. akhirnya masuk ke kubur ditemani penghuni tanah. Kaya bagaimana sekalipun, wajah yang hensem pasal banyak duit makin lama makin nampak uzur dan kerepot…termasuklah artis Barat dan Malaysia.

Jadi sebenarnya apa matlamat hidup kita…?

…apa nya matlamatnya…

…renungkan, apa yang boleh beri kebahagiaan yang kekal abadi…?

Apa yang kekal….kita tahu, tak ada benda yang kekal melainkan Allah.

Jadi matlamat hidup ini jawapannya pengabdian kepada Allah. Itulah maksudnya “Siapa Diri Kita”…Kita adalah hamba Allah. Soalan mudah tapi tak ramai yang tahu menjawab…ada yang bila ditanya, siapa kamu…jawabnya “Ahmad bin Ali…itu bukan siapa kamu tapi apa nama kamu…

Bila kita dah kenal siapa diri kita, maka setiap pekerjaan yang kita lakukan akan dilakukan sebagai satu ibadah…tak kiralah sama ada bekerja kilang atau jaga tandas. Contoh jika orang yang menjaga tandas niat dalam hati Ya Allah Ya Tuhanku, aku bukan seorang alim ulama, bukan pakar ugama, tapi jadikan lah pekerjaanku ini sebagai pengabdianku kepada Mu.

Setiap kali orang yang masuk ke dalam tandas tersebut , penjaga tandas itu mendapat rahmat dan keberkatan kerana mereka yang sengsara nak buang air mempu menghilangkan sengsaraan dan beri kelegaan dan meneruskan pekerjaan masing-masing sama ada mencari rezeki untuk nafkah keluarga , bagi pendidikan anak-anak supaya menjadi orang yang berilmu dan dapat mengenal Tuhannya, dapat meneruskan kehidupan dan pergi mengerjakan solat selepas merasa lega dari kesakitan tidak buang air…itulah kebahagiaan yang diperolehi oleh penjaga tandas tadi.

Bayangkan anda sekarang, tak kira apa profesion anda. Jika anda seorang ahli perniagaan, bayangkanlah…memberi pekerjaan kepada orang ramai supaya mereka boleh memberi nafkah kepada keluarga dan melakukan amal ibadah daripada tenaga yang mereka perolehi dari setiap suapan makanan yang mereka perolehi dari bekerja dengan anda…


Jadi itulah kekuatan kita bila kita dah tahu siapa diri kita dan apa matlamat hidup kita kerana setiap pekerjaan yang ingin kita lakukan , niat kerana Allah akan menjadikan diri kita lebih berjaya, bahagia dan bersyukur.

Dalam surah Al-Mulk, ayatnya …”Maha Suci Allah yang menguasai segala kerajaan , dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu…Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa Maha Pengampun.”

info dari hadzrinDOTcom