BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, September 9, 2009

Fail yang ada dalam minda seorang Jutawan


Minda kita ibarat sebuah fail kabinet yang menyimpan berbilion-bilion maklumat tentang pengalaman, kenangan, ingatan, ilmu, suka duka marah atau senang cerita perasaan.

Setiap Fail akan respond terhadap setiap benda dengan kelajuan Nano. Contohnya bila terjumpa satu peluang, Fail yang tersimpan dalam minda kita akan respond tentang duit. Apa yang terjadi oleh keadaan kewangan anda adalah bergantung pada fail yang menyimpan tentang maklumat duit.

Apa yang anda fikir betul, itulah yang akan terjadi dan tak semestinya fikiran anda boleh jadikan anda berjaya. Contohnya bila anda jalan-jalan ke shopping kompleks dan anda jumpa satu handfon yang memang murah. Biasa harrganya mahal rm200 tapi anda fikir jika anda beli sekarang anda dapat jimat RM200. Apa yang minda anda fikir ialah anda betul dan tak semestinya akan membuatkan anda seorang yang berjaya dan kaya.

Lagi teruk kalau anda belanja guna kredit kad. Minda anda cuma bagitahu yang anda boleh jimat RM200 dan anda fikir itu adalah keputusan yang tepat. Wahai kawan…cuba tengok keadaan anda sekarang, adakah anda dah kaya atau berjaya??

Sepatutnya kalau anda masih belanja guna kad kredit minda anda sampaikan, anda sekarang masih berhutang, jangan belanja lagi. Tapi fail itu tidak ada dalam minda anda.

Bayangkan jika anda mempunyai pemikiran biasa seorang Jutawan. Jika anda Donald Trump, pemikiran biasa anda akan hasilkan kekayaan bilion, bukan juta. Saya dapat tahu kalau donald trump ada satu juta dalam akaun bank dia nak bunuh diri sebab keadaan dia ada sejuta sama macam dah jadi papa kedana.

Saya ada jiran seorang cina yang nak terjun flat singapura sebab dah jatuh miskin dan tak ada duit. Saya dapat tahu isteri dan anaknya nak tinggalkan dia sebab dia dah jatuh. Tapi sebenarnya dia masih ada $200,000 dalam akaun bank!

Ada duit banyak tu pun nak bunuh diri….dia ni dulu memang kaya. dalam bank ada ratus juta dan keluarganya ada kilang di singapura. Bila dia ada ratus ribu bagi dia dah jadi papa kedana…kalau kita ada rm200ribu berlagak dah macam jutawan…hahaha…tak payah ratus ribu, ada RM2 pun boleh senyum jalan-jalan kompleks.

Sebab itu orang kaya fikir lain dari orang sederhana atau orang miskin.Mereka fikir lain pasal duit, kekayaan, diri mereka dan orang lain. Dalam blog ini, saya nak kongsi 17 fail minda orang kaya supaya anda boleh pilih sama ada anda nak mempunyai minda kaya atau minda miskin.

Bila anda dah ada minda kaya ini, tentu sekali hidup anda akan jadi lebih berjaya dan capai kebebasan kewangan atau duit yang berlimpah-limpah.