BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, August 12, 2009

PENDAPATAN AKTIF VS PASIF





Maybe anda semua pernah dgr mengenai perbezaan Pendapatan Aktif & Pasif..tp mungkin ramai yg buat2 lupe / xtau..jadi hari ni Jika anda sudah terlupa, saya ingatkan semula disini:

Pendapatan Aktif : Anda dibayar berdasarkan masa anda bekerja.
(Lebih 90% orang kerja makan gaji!)

Pendapatan Pasif : Anda kerja sekali tetapi dapat dibayar tanpa henti!
(Kurang 10% gunakan teknik ini)Rahsia kekayaan yang sebenar bukanlah terletak kepada berapa banyak wang yang dimiliki tetapi kebebasan yang mereka miliki.
Mereka bebas untuk:-Tengok wayang & 'menginternet' di Starbuckssarapan pagi & baca harian metro diwarung!bersantai dipantai tanpa gangguan!shopping tanpa perlu beratur!melihat anak-anak membesar!
Oleh kerana hasil pendapatan mereka banyaknya daripada pasif,mereka mempunyai lebih masa terluang untuk digunakan.Jika anda melihat konsep pendapatan pasif ini daripada kehidupanorang disekeliling anda, banyak kumpulan yang tak sekaya mana seperti yang anda lihat.Doktor pakar dan doktor gigi tidak mempunyai pendapatan pasif daripada hasil titik peluh mereka.Potensi pendapatan mereka ada hadnya. Mereka hanya boleh berjumpa sejumlah tertentu pesakit sahaja. Dan mereka juga mestilah berjumpa dengan setiap pesakit tersebut. Ianya aktif.Begitu juga dengan pegawai kerajaan & peguam.Kebanyakkan daripada mereka tidak mempunyai pendapatan pasif. Mereka memang nampak kaya, tetapi sebenarnya mereka tetap bergantung kepada gaji seperti kebanyakkan daripada anda.
Berapa peratuskah hasil pendapatan anda adalah pasif?Jika anda bijak,anda sudah mula untuk bertukar daripada aktif kepada pasif.Ini akan memberikan lebih banyak masa untuk anda melakukanapa yang anda suka ketika waktu yang anda mahukan.Kata kuncinya ialah anda perlu mencuba satu punca pendapatan pasif setiap tahun!
Berikut adalah beberapa jenis punca pendapatan pasif yang boleh anda buat kajian :
* Pelabur yang mendapat dividen bulanan atau tahunan
* Pencipta lagu yang menerima royalti daripada lagu mereka
* Penulis yang menerima royalti daripada buku tulisan mereka
* Agen insuran yang mendapat pendapatan sampingan
* Pengusaha gayapos/internet yang mendapat keuntungan berterusan
* Ahli jualan langsung yang menerima komisen bulanan & harian
* Pelakon yang mendapat bayaran royalti
* Usahawan yang mendapat keuntungan bisnes
* Pencipta software yang menerima royalti
* Pencipta permainan video mendapat royalti
* Penjual senarai nama yang mendapat yuran sewaan
* Pemilik hartanah yang menyewakan rumah atau tanah

Sebelum anda pergi tidur malam ini, tanya kepada diri anda
soalan ini: “Berapa peratuskah dalam sehari masa yang saya luangkan untuk mencipta pendapatan secara pasif?” Jika jawapan anda ialah tiada, anda mempunyai masalah. Adalah lebih baik apabila anda bangun keesokkan harinya dan mula sibukkan diri anda.
Nasihat saya jika anda kini bergantung sepenuhnya pada pendapatan aktif, masanya sudah tiba untuk anda mencuba pendapatan pasif yang saya senaraikan diatas tadi. Anda tentu akan berterima kasih kepadasaya nanti ;) TQ

0 comments: