BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, August 20, 2009

sebab ramai gagal dalam MLM




Jika tanya sekarang masih boleh buat MLM jawapannya ialah BOLEH !!

Kenapa Boleh?

Setakat ni di Malaysia, jumlah keseluruhan penggiat MLM (campurkan semua sekali syarikat MLM) hanya 16.7% sahaja daripada jumlah penduduk Malaysia. Maksudnya lebih dari 80% yang belum jalankan perniagaan MLM.

Potensi industri yang memberi Hasil Cukai kepada kerajaan sebanyak RM3 Billion pada tahun 2007 (sumber daripada penilaian LHDN) dan ia terus berkembang.

Walaupun banyak persaingan dalam industri MLM sekarang ni tetapi ia masih boleh dijalankan asalkan tahu bagaimana nak pilih MLM yang kukuh dan betul.

Ramai orang yang diberhentikan kerja beralih ke industri MLM. Kenapa jadik begini? kerana kos permulaan rendah dan cara pelaksanaannya tidak memerlukan teknikal tinggi dan hanya perlu kerja kuat sahaja.

Ramai yang dah serik buat MLM diluar sana tapi jika difikirkan ada ke orang nak join lagi…alamtnya, orang lain akan join dengan orang lain la…bukan dengan anda.

Pengalaman saya masa saya dah lama tak buat direct sponsoring, suatu ketika terdetik dalam hati saya, saya nak recruit ahli baru. Saya mohon pada Tuhan untuk perkenankan permintaan saya. Lupa nak cakap….waktu tu saya tengah kering kontang tak ada duit langsung.

Hari sebelumnya saya menebalkan muka ke kedai “Cash and Carry” untuk menggadai alat senaman perut saya berjenama OSSIM. Yang boringnya, kedai tu tak terima sebab barang tu susah nak laku. Kalau dia nak ambik pun dia nak bayar RM17.

Banyak cantek diaorang nak RM17…aku beli dulu RM900. Last-last tak jadi jual. Aku buat kerja macam biasa, bagiedaran Fliers. Dan aku terfikir. Kalau ada orang join dengan aku jadi ahli baru, aku nak hadiahkan Alat Ossim tu…hahaha. Datang idea spontan tu.

Ditakdirkan pada petang tu, aku dapat panggilan daripada seorang Pakcik …dalam keadaan marah-marah. Dia marah sebab dia dapat jenis Fliers macam yang aku bagi tu banyak sangat.

Dia nak jumpa aku. Aku tak ada rasa mengharap sangatlah bila jumpa dia. Aku ajak jumpa pagi esok, jam 8 pagi untuk bersarapan sambil cerita bisnes.

Esok nya seperti yang dah dijanjikan, aku jumpa dia. Aku tersilap fikir….bukan pakcik tapi atok rupanya…umur dia dah 83 tahun!

Atok tu jalan pun kaki mengeletar-letar….dalam hati aku cakap aduhai….nasib la aku nak kena layan atok ni….tapi dah janji ajak sarapan, aku bawak dia ke kedai mamak…dalam hati aku fikir, mandi la aku kali ni…bila la nak dapat sale kalau sibuk layan orang yang tak boleh bagi aku produktif.

Aku tukar niat, hanya nak luang kan masa bersama prospek atok aku dan breakfast bersama. Lagipun aku tak ada apa-apa nak buat pagi tu.

Masa duduk sarapan, tak ada cerita bisnes langsung. Cerita pasal diri atok tu je…macam aku interview dia pulak…rupa-rupanya dia dulu askar. sekarang duduk dengan anak-anak dan cucu.

Tengok jam nak pukul 10, aku nak ajak atok tu beredar. Tiba-tiba dia tanya aku, nak bayar duit ahli macam mana?

Masya-Allah…atok tu bawak RM12,000 dalam poket seluar dia…tapi dia tak bayarlah RM12,000 tu….

Dia bayar pakej platinum dengan aku…on the spot bayar…tak ada cerita bisnes tapi mungkin kuasa Tuhan nak jadikan pagi tu rezeki aku..Alhamdulillah..

Mesti ada orang cakap tak guna betul aku ni ambik duit orang tua….

Maaf ye…aku tak paksa dia join dan aku tunaikan apa yang aku janjikan iaitu tolong dia untuk capai hajat dia iaitu nak buat tabung ahli keluarga melalui perniagaan ni dan dia boleh gunakan produk-produk.

Kalau kena dekat member aku yang hati serbia, dah banyak dah duit pakcik-pakcik yang simpan dalam tabung haji nak pergi tanah suci di sapu habis paksa masuk skim pelaburan tak ada lesen. Tu lagi teruk satu benda pakcik-pakcik tu tak dapat.

Jadi hari tu rezeki aku boleh kata mashuk lah. Aku bersyukur sangat-sangat sebab disaat aku tengah putus duit, Tuhan bagi talian hayat.

Jadi, kalau kita fikir masih boleh buat lagi ke MLM? Terpulang pada anda…kalau tak buat, orang lain yang dapat. Macam orang jual TV…hari ni, semua rumah dah ada TV tapi kenapa masih ada orang jual TV?

0 comments: