BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, August 20, 2009

tips nak jadi kaya..!







sebenarnya dalam buku-buku sebelum ni pun ada cerita…mungkin message yang sama tapi cara olahan lebih heavy..

Dekat sini, aku just nak bagi strategy macam mana nak jadi kaya dan totally financial free. Lepas tu point yang bila aku baca , aku rasa lebih confident dengan apa yang aku nak buat sekarang.

Pertama, kita cerita sikit pasal Fundamental Yang Perlu ada untuk jadi kaya.

1)Make more money….

Macam mana nak buat duit banyak kalau gaji cipot…Dalam buku ni dia cakap, masa Robert tgh susah, kering kontang, dia dengan bini dia buat apa saja yang boleh menambah income. Contohnya dia pernah tolong jaga anak orang dan ambik upah jaga, pernah buat service bersihkan rumah orang, jual barang-barang yang dah tak pakai…buat apa saje untuk dapat duit lebih.

Robert : “Kita buang harga diri, ego, malu untuk buat banyak-banyak duit…” (mengikut loghat dia ler…)

“What you are today is from what you are doing NOT from what the world doing at you…” (Kalau di Melayukan agak ….korang melayukanlah sendiri…)

2. Protect Your Money

Dekat sini, bila kita dah ada duit, kita kena jaga jangan sampai kita kena tipu pasal duit. Contoh dekat luar sana banyak penyangak,penipu yang nak makan duit kita. Contohnya kalau kita nak beli apa-apa, jangan dengar cakap orang. Terutama sekali Broker Jahat ( Bad Broker).

Broker sebenarnya ada dua. Satu Broker Baik ( Good Broker) satu lagi Broker Jahat ( Bad Broker). Kalau anda sebagai broker, anda pilihlah sendiri anda kategori yang mana…

Broker Jahat nilah yang nak makan duit kita. Ramai orang melabur dengar cakap broker bukan dari orang yang dah kaya dan berjaya. Aku dulu pun broker jugak…aku dulu broker insuran. Aku suruh orang beli insuran tapi aku sendiri tak ada insuran…hahaha…Aku dulu kira Bad Broker la..

Macam dekat Bursa saham WallStreet….ramai pelabur yang datang naik rolle Royce, Porche Ferrari datang nak melabur dan minta nasihat daripada Broker yang hanya menaiki Keretapi bawah tanah.

Kenapa mereka dipanggil “Broker”?

This because those Broker are Broker than you!

3. Leverange Your Income

Part ni memang best…lebih kepada Printing Money!! So part yang best ni aku tak nak kongsi sebab biar aku je yang print money. hahah…

Tapi kalau nak tahu…tunggu,….aku ada plan untuk post ni lebih detail….Printing Money is Legal !!

4. Increase Your Financial IQ

Aku ada sorang member gila main golf. Dia sanggup habiskan duit banyak join kelab golf, beli kayu golf yang mahal-mahal dan paling update, baju golf tak ingatla banyak gila, kasut, sarung tangan…memang gaya golfer habislah.

Tapi bila main golf skill dia macam tu jugak…tak improve langsung.

Ramai orang sebenarnya macam member aku ni bila part nak buat duit. Semua orang nak buat duit tapi tak sanggup nak invest pada kursus-kursus atau bengkel yang boleh improve skill dalam bab nak buat duit.

Dulu masa aku tengah pokai, belum menjadi orang lagi, bila setiap kali aku masuk kedai buku mesti aku beli satu buku. Duit yang aku ada padahal ngap-ngap je untuk buat makan. Sampai kena kutuk dengan orang yang terdekat…beli buku bagai nak rak tapi tengok macam tu jugak tak ada perubahan….

So sekarang, ni lah hasilnya lepas aku dah melabur ke arah personal development….Setakat ni aku belum pernah jumpa buku yang hari ni beli besok dah jadik kaya.

5. Budget your Spending

Bab nak belanja pulak, kalau anda belanja barang-barang yang boleh jadik anda miskin, memang susah untuk anda jadik kaya. Contohnya, kalau kita dah ada kasut, pakai apa yang ada dulu.

Aku dah lalui,…semua baju yang aku beli harga RM100 ke atas. Boleh katakan hari-hari aku pi shopping beli baju paling kurang pun dua helai sehari. Sekarang baju-baju aku tu semua dah reput….macam baju beli kat pasar malam. padahal semua berjenama.

So…itu pengajaran hidup. Dapat duit macam air, belanja pun macam air….Aku dah insaf…korang yng belum merasa nikmat hidup macam tu silakan lah….nanti lepas tu jadik macam aku…padan muka aku…hahahah…nak beli topup handfon pun pikir sepuluh kali

PENGAJARAN BONANZA YANG BAGI AKU SANGAT PENTING BAGI AKU

Setiap kali bila kita ada masalah, JANGAN LARI dari Masalh itu sebaliknya selesaikan ia sebab bila kita boleh selesaikan sesuatu masalah, IQ Kewangan kita akan bertambah tajam.

Kalau kita sentiasa lari dari masalah….kita akan jadi miskin selama-lamanya. Nilah permianan yang kita perlu main untuk jadi kaya.

Robert cakap, masa dia jadi jutawan, dia tak terfikir dia akan jadi jatuh. Tapi bila perniagaan dia bankrupt, dia jatuh terduduk dan duit habis kering kontang sampai tidur dalam kereta bersama isteri selama 3 bulan sebab tak ada rumah.

Hutang dia dengan bank, supplier banyak giler. Tapi dia pegang kata-kata Bapak Kaya dia cakap….” If you have a problem, solve it and don’t run from it because you will playing the money game – money game is a solving problem”

Robert ikut cakap bapak kaya dia, daripada jadi orang yang lari daripada masalah, dia betulkan masalah dia dan apa jadi sekarang? Pastinya orang tak kenal Robert Kiyosaki dan tak baca buku dia sekarang.

Daripada tidur dalam kereta, sekarang mamat ni dah ada beribu-ribu rumah yang disewakan kepada orang ramai….(Umur dia masa tidur dalam kereta sebaya dengan aku…kalau aku tidur dalam kereta…hmmmm BMW tu harga sebiji rumah Semi-D)

Orait gang….semoga enjoy dengan sharing ni…

0 comments: