BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, August 20, 2009

buat sale meja ke meja pun dapat RM4 angka sebulan!




Salam,

Kali ni saya nak kongsi sedikit pengalaman berjumpa dengan seorang salesman cina yang insiden ni berlaku di restoran R&R Awan Besar.

Cina tu berumur antara 40an. Pernah jual insurans, pernah buat MLM sampai ke tahap Diamond katanya…tapi dia dah penat dengan kerja-kerja tu semua.

Masa aku jumpa dia, dari segi dressing memang FAILED sebab pakai seluar koyak, baju lusuh…

Rupa-rupanya tu strategy dia,…pikir-pikir balik, memang sekarang ni kalau ada orang pakai tie dgn baju kemeja , kita akan rasa rimas bila dia datang dekat kita. Jadi cina tu pakai selekeh aje buat bisnes. Dah la pakai selipar jepun.

Namanya Chong. Dia jual Alarm Pad Lock dari meja ke meja. Katanya sehari dari pukul 11 sampai 5 petang dia akan lepak di tempat makan yang ramai orang datang.

Sehari dia boleh jual antara 10 ke 20 alarm pad lock. sehari pendapatan dia antara RM1,000 ke RM3,000 sebulan boleh dapat RM 30,000 ke RM60,000.!!

Jangan pandang orang sebelah mata , memang betul, bukan semua orang boleh pergi jual dari meja ke meja. Tapi saya lihat sepanjang dia buat promosi, ramai yang lihat dan ramai yang berminat.

Sebab apa? Si Chong ni jual Alarm pad lock. Jadi sepanjang dia buat demonstrasi, alarm nya berbunyi bising dan ini buatkan orang di meja lain toleh nak tahu apa. Dari toleh jadi minat, dari minat jadi beli. Ada juga yang beli sampai 10 sebab rumah banyak nak pakai mangga banyak.

Memang marketing yang sangat berkesan dan saya percaya jika ia dilakukan secara beregu, pastinya seronok dapat buat sales. Nak demo pun tak susah. bila seronok datang , tu yang bersemangat buat jualan kalau komisennya besar.

Orang boleh buat gaji yang orang lain bekerja 9-5 dan dapat hujung bulan tapi si Chong ni boleh buat setiap hari.

0 comments: